Monday, January 5, 2009
Anak aku dah bersekolah
Hari ini anak aku memulakan alam persekolahannya tahun 1 .Dengan semangatnya pada malam semalam lagi anak aku tidur awal siap dengan set alarm clock kat h/p isteriku , di letakkannya di bawah bantal tidurnya ,nak bangun awal katanya kalau boleh sebelum aku sendiri bangun tidur ...dan lagi satu perkara anak aku ni tak mahu tidur dlm bilik sanggup tidur kat luar (ruang tamu) siap minta aku janji jangan angkat dia tidur dlm bilik ...begitukah ragam bagi mereka2 yang ingin memulakan tahun pertama alam persekolahan..adakah aku sepertinya dulu ?
Tapi yang aku pasti beginilah kebanyakkan anak berkelakuan pada hari pertama persekolahan .Seawal 6pagi bangun tidur terus mandi tanpa disuruh ,segak berpakaian sekolah menjamah sepotong roti yang di buat oleh isteriku terus kenyang katanya tak sabar nak naik bas sekolah bersama rakan sebelah rumah Naim dam Aiman .
Aku dan isteri menunggu bersama melihat dengan rasa bangga anak aku dah bersekolah .Tepat Jam 7.15 pagi bas datang dengan senyuman diwajah anak aku melangkah keatas bas dan sambil melambai tangan kearah aku dan isteri ku ..(bangganya aku-anak aku dah bersekolah) .
walau bagaimanapun hari ini hari pertama anakku , aku dan isteri perlu kesekolah juga untuk meninjau keperluan hari pertama seperti ibubapa lain . Walau apa pun aku bangga anak aku dah mula bersekolah ........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dulu saya darjah satu, orang tua tinggal terus lepas masuk kelas. Ada member singh tu, mak dia teman depan kelas sampai sebulan, hari2 nangis. Naik darjah 6 dok buat gangster pulak..... ayat dia satu aja la..... Dulu mak teman sampai sebulan, ada hati nak buat gangster. wakakakaka
ReplyDeletekelmarin anak kau dapat buku teks ...apa nak buat meleret jugak la aku tengok. dapat time table pun bila dah arrange banyak jugak buku yang nak pakai satu subject tu sampai 2-3 buku teks .....tu tak masuk buku latihan lagi ...tapi tak apa la aku pun dulu apa nak buat main borong semua buku tak ikut time table dah ...cikgu minta ja terus bawa keluar dari beg hehehehe.(mau tak berat beg)bagi aku biar la budak bawa buku banyak tapi ikut t/table la ...biar depa rasa sayang kat buku baru depa tau...hmmmm.
ReplyDelete