Saturday, February 28, 2009

Jalan2 di Kuching Sarawak

Hmmm ....dah lebih sebulan aku tak update dlm blog aku ni...
2minggu lepas 13-15/2/2009 aku , wife ,dani watie , aloy ,adip gn Mak bah p melawat bandar Kuching Sarawak, tak lama pun 3 hari aje ,,saja nak jalan2 kat bandar Kuching...maklumlah dapat tiket flight murah apalagi AirAsia la direct Penang- Kuching dekat 2jam jugakla nak sampai pun.
Nasib kami agak baik jugak la sebab masa sampai kat Airport kuching tu dapat driver teksi Limo hantar p kat Hotel Ariff ( kena Rm45) dia recommend kan satu tourist guide siap dengan van (Rm 280).Dah book untuk last day sebab boleh minta dia hantar ke A/port terus senang sikit.
Sampai kat Hotel Arif lebih kurang pkl 8.30mlm. Pas tu aku terus ajak dia orang semua pergi ke waterfront (jalan kaki ) jauh jugak kesian lak aku tengok Mak Bah kena jalan kaki jauh tapi bila tanya dia ok tak ...jawapan yang paling best ok ...sebab boleh view dan aku nampak dia enjoy .
Orang kata kalau tak p Kuching tak sah kalau tak ambik gambaq dengan Kucing besaq.. Patung kucing tu sponsor dari TM .Orang kata kalau tak naik sampan p ke Barok tak complete jadi naik jugak la kami sampan tu tak sampai 5min dah sampai.. tak dan nak hangat pungkok hehehe.
2nd day tu kami shopping ja kat area waterfront dengan satok , tengok la apa yang patut nak dibeli dia orang beli aku ikut ja (aku gn wife ni bkn kaki shoppingpun syok tgk tempat orang tu ada la ) .
Last day tu dan jugak la kami p kat tempat orang Utan Semanggoh wildlife centre (kat sini orang Utan tak duduk dlm kandang depa lepaih lagu tu ja)Rupanya orang Utan ni cerdik dan ganas jugak ..baguih jugak la ada tempat pemulihan orang Utan ni(lepas pandai cari makan dia orang akan lepas kat Hujan tempat habitat asal yang jauh dari kediaman orang).

Yang best tempat buat kek lapis hahaha sebelum beli kami pakat dok rasa dulu sampai kenyang .Kalau tak silap aku nama tempat tu Rumah Dayang Saliha ,ramai gak orang masa kami sampai kat situ.
Kat Sarawak ni yang aku sempat rasa laksa Sarawak pada aku mmg sedap kalau sapa2 p sarawak cubalah rasa laksa dia nanti boleh komen(ikut mulut masing2).
lagi satu aku try mee kolok kat pasar satok tu tak sedap ,,depa kata tak jumpa kedai yang buat sedap tapi aku penah makan mee kolok yang sedap tapi masa tu aku p Sibu aku jumpa satu makcik yang juai mee ni kat pasar sibu.



Selepas pergi tengok dan borong kek lapis kami buat last trip ke gerai depan waterfront sebab nak cari barang2 yang terlupa nak cari tu ...Driver van kami tu Abg Ahmadie memang sporting past tu dlm kepala hotak dia tu kira encyclopedia bergerak tanya lah apa kebenda pasal Sarawak data dan fakta nanti dia explainkan aku nak rekomen kat ko orang kalau nak p sana dan tak tau jalan pasai kuching boleh cari dia Ahmadie 0138418814(sori tak dan nak ambik gambaq dia batt kamera aku kong).
Pukul 6ptg kami sampai kat Kuching A/port check in pas tu pukul 8.15mlm kami berlepas balik ke Penang.