Tuesday, January 27, 2009

Anak aku Birthday Hari ni

Hari ni anak perempuan aku dah 5 tahun .Dah besar dan makin bijak sejak mula bersekolah di Pintar Utama Kids . Dah pandai mengeja dan suka menulis , tapi yang hairan nya hampir setahun aku mengajar kat rumah hanya 2-3 patah perkataan dan huruf ja yang boleh tapi bila pergi kesekolah mudahnya , mungkin budak2 ni kalau mak bapak yang ajar susah sikit kot...sorilah date kat gambar tu salah sebab masa aku masukkan bateri kamera terlupa nak set balik date yang betul .
Hari ni aku bawa Amneeya ke supermarket Giant cari hadiah birthday dia ...dan seperti biasa lah budak2 pompuan ni cukup minat dengan anak patung apa lagi benda kesukaan dia la, yang aku rasa dah berbulan dia asyik dok sebut ja nak masa birthday nanti dan hari ni dia dapatlah ...kopak jugak aku Rm 50.00...tak apalah dia pun tak pernah minta apa2 dari aku kalau ke supermarket pun selalunya kalau ternampak apa2 mainan kata dia nak tengok aja ...kesian jugak tak apa lah ini hadiah birthday dia ...dari petang tadi sampai kemalam senyum tu dok meleret ja aku tengok , seronok katanya dapat mainan tu ...tak apa lah dik simpan elok2 bukan selalu ayah boleh beli mainan macam tu...... sebab ayah ni suka bawak pi jalan2 dari dok beli mainan .hehehee(jauh perjalanan luas pemandangan).Happy birthday Ne..neya.


25/01/2009 - Air Panas Ulu Legong Baling.

Hari ni aku balik kampung - (unplanned) timbui ja rancangan nak p mandi ayaq hangat apa lagi adik aku yang dok kat kl pun balik apalagi kami heret sekali dengan ayah aku dengan kakak aku sekali dengan anak cucu dia p Ulu Legong , maklum lah esok cuti umum tahun baru cina jadi dah ada peluang boleh la p ramai2 seronok jugak ..mulanya pakat dok kata la mesti orang takdak ni pasai orang cina sambut raya mesti tak ramai mandi nih...
Jam 2330 malam aku dengan family sampai di Ulu Legong nak mandi ayaq panas...mak oii ingatkan tak ada orang rupanya macam pesta sampai nak celup kaki pun tak dak tempat tapi sebelum tu nak parking kereta pun punyala susah tak ada tempat kosong , last sekali dekat 1km aku dapat tempat park keta aku ...

Tapi apa pun kami celup jugak la ..kalau siang hari aku rasa kolam tu mesti tak sanggup nak mandi tah macam2 kaler pu ada ...ada yang shampoo rambut pun ada la ingatkan kat tempat tu orang celup2 kaki ja hahahaha bengong sungguh ....Tapi bagi aku ..aku tak pi dah tempat tu kalau cuti umum ..dan aku nasihat kat kawan2 yang baca blog aku ni jgn p tempat2 macam ni hari cuti umum ..hari biasa orait sebab macam aku cerita tadi lah sampai tak ada tempat nak celup kaki...



Tapi apa pun aku respect la kat bangsa aku ni sebab ada jugak rasa nak beriadah dan sekurang2nya dapat jugak la bantu menjana ekonomi bangsa aku yang dok meniaga kat area2 tu........

Monday, January 12, 2009

Negeri DiBawah Bayu











Bulan Mac 2007,aku dengan family aku ke Sabah makan angin dengan kawan2 sepejabat kami semua pakat bawa family masing2 .Memang best trip kami kali ni ...tempat yang paling cool bagi aku kat Simpang Mengayau -The Tip Of Borneo...memang betui2 tip top, angin memang kencang kat situ dan waktu yang paling best ada kat situ untuk tengok matahari terbenam ...memang cantekk sangat2 ...kat situ kita boleh tengok keindahan ciptaan yang tak ada tandingnya ...Allah maha Besar.




Pada sapa2 yang baca blog aku ni kalau terlajak ke Sabah singgah2 lah kat Simpang Mengayau..tak rugi .




Monday, January 5, 2009

Anak aku dah bersekolah


Hari ini anak aku memulakan alam persekolahannya tahun 1 .Dengan semangatnya pada malam semalam lagi anak aku tidur awal siap dengan set alarm clock kat h/p isteriku , di letakkannya di bawah bantal tidurnya ,nak bangun awal katanya kalau boleh sebelum aku sendiri bangun tidur ...dan lagi satu perkara anak aku ni tak mahu tidur dlm bilik sanggup tidur kat luar (ruang tamu) siap minta aku janji jangan angkat dia tidur dlm bilik ...begitukah ragam bagi mereka2 yang ingin memulakan tahun pertama alam persekolahan..adakah aku sepertinya dulu ?
Tapi yang aku pasti beginilah kebanyakkan anak berkelakuan pada hari pertama persekolahan .Seawal 6pagi bangun tidur terus mandi tanpa disuruh ,segak berpakaian sekolah menjamah sepotong roti yang di buat oleh isteriku terus kenyang katanya tak sabar nak naik bas sekolah bersama rakan sebelah rumah Naim dam Aiman .
Aku dan isteri menunggu bersama melihat dengan rasa bangga anak aku dah bersekolah .Tepat Jam 7.15 pagi bas datang dengan senyuman diwajah anak aku melangkah keatas bas dan sambil melambai tangan kearah aku dan isteri ku ..(bangganya aku-anak aku dah bersekolah) .
walau bagaimanapun hari ini hari pertama anakku , aku dan isteri perlu kesekolah juga untuk meninjau keperluan hari pertama seperti ibubapa lain . Walau apa pun aku bangga anak aku dah mula bersekolah ........

Saturday, January 3, 2009

Shuffle kat Cherating

Ni masa aku pergi cherating tahun lepas ..masa tu lak cuti sekolah susah jugak nak dapat budget chalet ni yang ada harga Rm wow boleh tahan ...last aku dapat jugak satu bilik harga dia pun boleh tahan la Rm 80 yang specialnya rupa bentuk dia kat luar dalam macam rumah tarzan semua batu kecuali tilam jerr hahahaha.. aku pun bantai la janji boleh tidor sebab esok aku nak bergerak ke k.tganu lak . Sambil tu aku bawa la anak aku pergi tepi pantai ramai jugak orang tapi punya la teruk pantai dengan kotornya ,,tak sanggup aku nak bagi anak2 aku mandi...last sekali anak aku buat tarian shuffle (baru belajar lepas tgk dlm internet) kat pantai tu ....

First Time - create blog sendiri


Hari ni , kali pertama aku create blog aku sendiri sebelum ni aku asyik dok tengok blog orang lain jerrr...semua blog lain aku masuk tapi aku sendiri tak ader blog. Dan hari ni aku menggagahkan diri , create sendiri blog aku dan akan aku coretkan memoriku bersama keluarga tersayang aku. Buat anak2 kesayanganku Waiz dan Neeya ...ayah amat sayang kamu berdua .