Sunday, August 2, 2009

Relax kat Bukit Frazer

Dah agak lama jugak aku tak menaip dalam blog aku ni..bukan apa kekadang tu aku terlupa kat blog aku ni , maklumlah aku ni bukannya blogger active ..syok2 aku menaip la....hahahaha.

Minggu ni aku dengan tak semena2 lajak p naik Bukit Fraser , kami sekeluarga 4 beranak ja.

ini 1st time aku naik bukit fraser ingatkan dekat ja dengan Kuala Kubu Baru.... mak ooi.... jauh jugak sementara nak sampai kaki bukit(Gap) tapi perjalanan ke kaki bukit tu best jugak la dengan jalan bengkang bengkok sampai anak aku termuntah2 pening katanya , kebetulan jugak aku pun drive agak laju sikit sebab dok terpikiaq jam naik nanti terlepas , kena tunggu nanti lak.

Tapi bila sampai kat atas memang best view kat atas memang canteeek tak semak macam Cameron H/land kat sini memang sesuai untuk relax .








next time aku akan sampai lagi kat Bukit Fraser nih...

Saturday, March 28, 2009

Ronda kat Perlis

Minggu lepas 20/3/2009 aku dengan wife dan anak2 aku waiz /amneeya ke perlis ronda satu negeri .Disebabkan Perlis ni negeri kecik, aku tak ada masalah nak pusing semua tempat .Orang kata kalau tak p Kola Perlis tak best la kan dan apalagi sampai jugak la aku kat sana nak p pekena ikan bakaq , katanya the best apalagi aku gn wife terus mengorder la ikan jenahak bakaq lebih kurang menu kami order mcm kat dlm gambaq nih....

tapi aku nak habaq mai punya nya la terkezut beruk , aku ingat dapat makan ikan kat tempat nelayan bok naik ikan kot2 murah , nah aihhh mahai nak mampoih kalau aku makan kat penang pun lagi morah...ikan bakaq saiz sedang , tomyam campoq , sotong goreng tepung(ambik sotong 4 ekoq pun haluih2)makan untuk dua orang aku kena Rm52.00 bila aku buat muka heran, dan2 toke kedai tu bagi diskaun tinggai rm48.00 tak campur ayag laici 1 jug(rm12). memang cekik darah betui , maklumlah time tu time cuti sekolah, orang melayu sembelih orang melayu gila2 punya ....hahahaha aku tak mau makan dah kat sana, tobat dak la tapi kalau saja2 nak p makan baik aku makan kat kedai ikan bakaq penang sedap dan morah ....
Dalam pada tu dan la aku pi Gua Kelam , Padang Besaq , wang kelian,ladang tebu cuping.


Yang paling best masa p Wang Kelian kami masuk sebelah siam sana (tak payah pakai passport cuma bagi ic ja tu pun untuk jarak 1km ja).Wife aku nampak beras pulut elok(rm2.50-1kg) ,,terus tanya kami boleh beli ka bawa masuk m,sia ka ,toke kedai tu dengan semangat ja dok cerita boleh bawa masuk 10kg sorang dia pun siap2 pegang pastik bag besaq tanya 'berapa mau' wife aku kata nak 1kg ja dia mcm tak percaya tanya lagi sekali jawapan sama ,,nampak macam tension ja .........last sekali dia pegang bag kecik bubuh bagi kat wife aku..hahahaha nak buat apa byk2 bukan kami nak niaga kankankan.
Lepaih p Wang kelian kami p pusing sat kat Padang besaq pas tu lajak balik terus, on the way tu kami jumpa orang juai mempelam harum manis yang popular kat perlis tu ,kat sana 1kg rm8.00 yang bestnya kemarin kami jumpa kat tanjung bunga Penang mempelam yang sama 1kg cuma rm7.00 ..cerita dia sama la dengan cerita ikan bakaq tadi ...sebenaqnya kalau sapa2 dari penang nak p mkn2ka , beli-belah ka , baik p terus kat sempadan sana betui murah sikit dari dlm negeri Perlis. kalau nak beli kat dlm perlis baik tak payah silap haribulan penang lagi murah buat berat kereta boleh la....aku bukan nak kondem negeri Perlis tapi biaq la pada2 kalau nak kecoh pun .
apa pun p dulu , kalau terkena kita sama2 terkena la............................



Saturday, February 28, 2009

Jalan2 di Kuching Sarawak

Hmmm ....dah lebih sebulan aku tak update dlm blog aku ni...
2minggu lepas 13-15/2/2009 aku , wife ,dani watie , aloy ,adip gn Mak bah p melawat bandar Kuching Sarawak, tak lama pun 3 hari aje ,,saja nak jalan2 kat bandar Kuching...maklumlah dapat tiket flight murah apalagi AirAsia la direct Penang- Kuching dekat 2jam jugakla nak sampai pun.
Nasib kami agak baik jugak la sebab masa sampai kat Airport kuching tu dapat driver teksi Limo hantar p kat Hotel Ariff ( kena Rm45) dia recommend kan satu tourist guide siap dengan van (Rm 280).Dah book untuk last day sebab boleh minta dia hantar ke A/port terus senang sikit.
Sampai kat Hotel Arif lebih kurang pkl 8.30mlm. Pas tu aku terus ajak dia orang semua pergi ke waterfront (jalan kaki ) jauh jugak kesian lak aku tengok Mak Bah kena jalan kaki jauh tapi bila tanya dia ok tak ...jawapan yang paling best ok ...sebab boleh view dan aku nampak dia enjoy .
Orang kata kalau tak p Kuching tak sah kalau tak ambik gambaq dengan Kucing besaq.. Patung kucing tu sponsor dari TM .Orang kata kalau tak naik sampan p ke Barok tak complete jadi naik jugak la kami sampan tu tak sampai 5min dah sampai.. tak dan nak hangat pungkok hehehe.
2nd day tu kami shopping ja kat area waterfront dengan satok , tengok la apa yang patut nak dibeli dia orang beli aku ikut ja (aku gn wife ni bkn kaki shoppingpun syok tgk tempat orang tu ada la ) .
Last day tu dan jugak la kami p kat tempat orang Utan Semanggoh wildlife centre (kat sini orang Utan tak duduk dlm kandang depa lepaih lagu tu ja)Rupanya orang Utan ni cerdik dan ganas jugak ..baguih jugak la ada tempat pemulihan orang Utan ni(lepas pandai cari makan dia orang akan lepas kat Hujan tempat habitat asal yang jauh dari kediaman orang).

Yang best tempat buat kek lapis hahaha sebelum beli kami pakat dok rasa dulu sampai kenyang .Kalau tak silap aku nama tempat tu Rumah Dayang Saliha ,ramai gak orang masa kami sampai kat situ.
Kat Sarawak ni yang aku sempat rasa laksa Sarawak pada aku mmg sedap kalau sapa2 p sarawak cubalah rasa laksa dia nanti boleh komen(ikut mulut masing2).
lagi satu aku try mee kolok kat pasar satok tu tak sedap ,,depa kata tak jumpa kedai yang buat sedap tapi aku penah makan mee kolok yang sedap tapi masa tu aku p Sibu aku jumpa satu makcik yang juai mee ni kat pasar sibu.



Selepas pergi tengok dan borong kek lapis kami buat last trip ke gerai depan waterfront sebab nak cari barang2 yang terlupa nak cari tu ...Driver van kami tu Abg Ahmadie memang sporting past tu dlm kepala hotak dia tu kira encyclopedia bergerak tanya lah apa kebenda pasal Sarawak data dan fakta nanti dia explainkan aku nak rekomen kat ko orang kalau nak p sana dan tak tau jalan pasai kuching boleh cari dia Ahmadie 0138418814(sori tak dan nak ambik gambaq dia batt kamera aku kong).
Pukul 6ptg kami sampai kat Kuching A/port check in pas tu pukul 8.15mlm kami berlepas balik ke Penang.

Tuesday, January 27, 2009

Anak aku Birthday Hari ni

Hari ni anak perempuan aku dah 5 tahun .Dah besar dan makin bijak sejak mula bersekolah di Pintar Utama Kids . Dah pandai mengeja dan suka menulis , tapi yang hairan nya hampir setahun aku mengajar kat rumah hanya 2-3 patah perkataan dan huruf ja yang boleh tapi bila pergi kesekolah mudahnya , mungkin budak2 ni kalau mak bapak yang ajar susah sikit kot...sorilah date kat gambar tu salah sebab masa aku masukkan bateri kamera terlupa nak set balik date yang betul .
Hari ni aku bawa Amneeya ke supermarket Giant cari hadiah birthday dia ...dan seperti biasa lah budak2 pompuan ni cukup minat dengan anak patung apa lagi benda kesukaan dia la, yang aku rasa dah berbulan dia asyik dok sebut ja nak masa birthday nanti dan hari ni dia dapatlah ...kopak jugak aku Rm 50.00...tak apalah dia pun tak pernah minta apa2 dari aku kalau ke supermarket pun selalunya kalau ternampak apa2 mainan kata dia nak tengok aja ...kesian jugak tak apa lah ini hadiah birthday dia ...dari petang tadi sampai kemalam senyum tu dok meleret ja aku tengok , seronok katanya dapat mainan tu ...tak apa lah dik simpan elok2 bukan selalu ayah boleh beli mainan macam tu...... sebab ayah ni suka bawak pi jalan2 dari dok beli mainan .hehehee(jauh perjalanan luas pemandangan).Happy birthday Ne..neya.


25/01/2009 - Air Panas Ulu Legong Baling.

Hari ni aku balik kampung - (unplanned) timbui ja rancangan nak p mandi ayaq hangat apa lagi adik aku yang dok kat kl pun balik apalagi kami heret sekali dengan ayah aku dengan kakak aku sekali dengan anak cucu dia p Ulu Legong , maklum lah esok cuti umum tahun baru cina jadi dah ada peluang boleh la p ramai2 seronok jugak ..mulanya pakat dok kata la mesti orang takdak ni pasai orang cina sambut raya mesti tak ramai mandi nih...
Jam 2330 malam aku dengan family sampai di Ulu Legong nak mandi ayaq panas...mak oii ingatkan tak ada orang rupanya macam pesta sampai nak celup kaki pun tak dak tempat tapi sebelum tu nak parking kereta pun punyala susah tak ada tempat kosong , last sekali dekat 1km aku dapat tempat park keta aku ...

Tapi apa pun kami celup jugak la ..kalau siang hari aku rasa kolam tu mesti tak sanggup nak mandi tah macam2 kaler pu ada ...ada yang shampoo rambut pun ada la ingatkan kat tempat tu orang celup2 kaki ja hahahaha bengong sungguh ....Tapi bagi aku ..aku tak pi dah tempat tu kalau cuti umum ..dan aku nasihat kat kawan2 yang baca blog aku ni jgn p tempat2 macam ni hari cuti umum ..hari biasa orait sebab macam aku cerita tadi lah sampai tak ada tempat nak celup kaki...



Tapi apa pun aku respect la kat bangsa aku ni sebab ada jugak rasa nak beriadah dan sekurang2nya dapat jugak la bantu menjana ekonomi bangsa aku yang dok meniaga kat area2 tu........

Monday, January 12, 2009

Negeri DiBawah Bayu











Bulan Mac 2007,aku dengan family aku ke Sabah makan angin dengan kawan2 sepejabat kami semua pakat bawa family masing2 .Memang best trip kami kali ni ...tempat yang paling cool bagi aku kat Simpang Mengayau -The Tip Of Borneo...memang betui2 tip top, angin memang kencang kat situ dan waktu yang paling best ada kat situ untuk tengok matahari terbenam ...memang cantekk sangat2 ...kat situ kita boleh tengok keindahan ciptaan yang tak ada tandingnya ...Allah maha Besar.




Pada sapa2 yang baca blog aku ni kalau terlajak ke Sabah singgah2 lah kat Simpang Mengayau..tak rugi .




Monday, January 5, 2009

Anak aku dah bersekolah


Hari ini anak aku memulakan alam persekolahannya tahun 1 .Dengan semangatnya pada malam semalam lagi anak aku tidur awal siap dengan set alarm clock kat h/p isteriku , di letakkannya di bawah bantal tidurnya ,nak bangun awal katanya kalau boleh sebelum aku sendiri bangun tidur ...dan lagi satu perkara anak aku ni tak mahu tidur dlm bilik sanggup tidur kat luar (ruang tamu) siap minta aku janji jangan angkat dia tidur dlm bilik ...begitukah ragam bagi mereka2 yang ingin memulakan tahun pertama alam persekolahan..adakah aku sepertinya dulu ?
Tapi yang aku pasti beginilah kebanyakkan anak berkelakuan pada hari pertama persekolahan .Seawal 6pagi bangun tidur terus mandi tanpa disuruh ,segak berpakaian sekolah menjamah sepotong roti yang di buat oleh isteriku terus kenyang katanya tak sabar nak naik bas sekolah bersama rakan sebelah rumah Naim dam Aiman .
Aku dan isteri menunggu bersama melihat dengan rasa bangga anak aku dah bersekolah .Tepat Jam 7.15 pagi bas datang dengan senyuman diwajah anak aku melangkah keatas bas dan sambil melambai tangan kearah aku dan isteri ku ..(bangganya aku-anak aku dah bersekolah) .
walau bagaimanapun hari ini hari pertama anakku , aku dan isteri perlu kesekolah juga untuk meninjau keperluan hari pertama seperti ibubapa lain . Walau apa pun aku bangga anak aku dah mula bersekolah ........

Saturday, January 3, 2009

Shuffle kat Cherating

Ni masa aku pergi cherating tahun lepas ..masa tu lak cuti sekolah susah jugak nak dapat budget chalet ni yang ada harga Rm wow boleh tahan ...last aku dapat jugak satu bilik harga dia pun boleh tahan la Rm 80 yang specialnya rupa bentuk dia kat luar dalam macam rumah tarzan semua batu kecuali tilam jerr hahahaha.. aku pun bantai la janji boleh tidor sebab esok aku nak bergerak ke k.tganu lak . Sambil tu aku bawa la anak aku pergi tepi pantai ramai jugak orang tapi punya la teruk pantai dengan kotornya ,,tak sanggup aku nak bagi anak2 aku mandi...last sekali anak aku buat tarian shuffle (baru belajar lepas tgk dlm internet) kat pantai tu ....

First Time - create blog sendiri


Hari ni , kali pertama aku create blog aku sendiri sebelum ni aku asyik dok tengok blog orang lain jerrr...semua blog lain aku masuk tapi aku sendiri tak ader blog. Dan hari ni aku menggagahkan diri , create sendiri blog aku dan akan aku coretkan memoriku bersama keluarga tersayang aku. Buat anak2 kesayanganku Waiz dan Neeya ...ayah amat sayang kamu berdua .