Monday, February 16, 2015

Family Day 2015 / Lata Bukit Hijau.

7Feb 2015

TM Family day - RnR  Bagam Ajam.
Tahun ni aku jadi ajk untuk event ni.Dah lama tak aktif dalam kelab TM ni.Tahun ni aku join family ajk lak.Part aku kena handle acara lari dalam Kain pelikat haha..tapi yang best nya aku pon masuk jugak acara ni dengan wife aku + anak dara yg sorang tu.Yang tak boleh belah tu aku champ lak acara tu...heehehe rezeki nama nya tu.
Tapi yang best nya dapat tengok anak aku seronok tambahan pula tahun ni abang Waez tak boleh join sebab tahun ni tahun pertama dia kat MRSM Baling.Tahun ni aku bawa kawan-kawan adik lak Esya gn Maizatul rezeki budak- budak ni lak dapat ikut .


Acara yang memeningkan kepala"Musang Berjanggut".
Berjam lama nak asingkan bahan2 yang dicampur .Last Adik give up sebab nak main acara lain .Dah cakap kat member yang handle acara ni tahun. Depan jangan buat dah sebab buang masa.
Menang acara lari bawa getah .





T

Habis Family Day aku lajak pi Lata Bukit Hijau Di Baling.
Cuaca panas sangat bagi sejuk badan sikit.

Happy tengok budak2 ni mandi sungai.




Monday, February 9, 2015

ALHAMDULILLAH ABANG DAPAT BELAJAR DI MRSM BALING


     اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه

          Alhamdulillah , Abang (Waez) dapat surat tawaran masuk ke tingkatan 1 di MRSM Baling yang menawarkan Program IGCSE , tempat  dia hadir interview masa pada bulan Disember 2014 dulu.

Jam 23.30pm  22/12/2015 dapat msg , katanya dah berjaya tapi surat tawaran boleh tengok esok pagi jam 0900.Malam tu pula abang tengah bebai sebab kena buat homework sekolah SMBJ banyak , katanya nak bangun esok pagi jam 0400 nak sambung homework tu , tapi bila bagitau dia dapat tawaran ke MRSM , malam tu jugak dia pederaih semua homework sekolah SMBJ.

Tahniah abang , cita2 nak belajaq di MRSM Baling dah tercapai, 

     Terasa sayang juga nak tinggai sekolah SMBJ , sekolah ni pon sekolah berprestasi tinggi (SBT) rangking dalam Penang no 1, Keseluruhan sekolah menengah di Malaysia termasuk SBP , SMBJ rank no 38 untuk tahun 2013.




Apon tahniah abang , cita2 nak belajaq di MRSM Baling dah tercapai, ayah dan ibu doakan abang dan berharap abang akan berjaya dan tekun belajar.


Bersemangat!! dah tak sabar nak ke MRSM, dah siap packing , list 2-3 helai kertas takut ada yang ter-missed hmmm...

Bagi sapa2 yang anak dapat rezeki dapat masuk SBP atau MRSM buatlah simpanan dari sekarang , sebab bagi yang kurang berkemampuan banyak juga belanja yang diperlukan .Dari segi pakaian , kelengkapan dan yuran ketika berada di sana .Dari segi yuran insayaallah ada bantuan kewangan tapi untuk masa terdekat kenalah keluaq duit poket dulu .Alhamdulillah nasib baik lah aku dan isteri dah beringat dari awal untuk anak2 , jadi tak la kalut sangat. 



4/2/2015 lapor diri - 
Seawal 645am dah bergerak ke MRSM Baling , nampak muka ada sunyum tu hehehe.Tak sabaq dah nak p , bfast pon tak mau dah.Waktu register 830-1200 , tapi nak pi awai sebab boleh register awai , dapat tip dari senior Waez (Anas) pi awai , kalau lambat ramai pelajar kena Q lak..
Dalam punya prepare nak sampai awal , terlewat jugak dekat pukul 830am baru sampai.




Mula register kat counter , alhamdulillah disini setiap pelajar baru akan ditemani seorang senior untuk bantu dalam proses pendaftaran .Untuk kami senior dari Ting 3 nama penuh tak ingat lak , dok pange Edry ja , Alhamdulillah Edry ringan mulut tanyalah apa dia akan terangkan , bukan dia ja aku rasa semua pelajar kat sini semua ramah2 , kalau nampak kita terpinga2 ja teruih mai tanya "Ya pakcik/mak cik boleh saya bantu"tak payah pange nak tanya . Mungkin ni lah cara pembelajaran kat MRSM , semua dah diterap dengan nilai2 positif.Tapi dalam banyak2 tu ada jugak kot yang nakai sikit especially yang senior2 orang lama la katakan ..


Di sini anak2 akan diajar hidup berdikari , kalau sebelum ni tak pernah cuci baju , dia orang akan belajar buat semua kerja2 ni.Tapi untuk pakaian seragam , baju melayu ada khidmat Dobi tak perlu risau .Sekurang2nya anak2 tau macam mana ibu tolong cuci pakaian dan sedia kan keperluan harian untuk dia orang selama ni.

Selesai daftar                             
Taklimat oleh Homeroom Puan Ruziani(macam mak angkat la )setiap 10 pelajar seorang homeroom.


 start unpacked

Masuk Dorm - dapat dorm LB 2-B tingkat 2.1 dorm boleh muat 16 pelajar .Dan ada 4 partition .1 partition 4 orang , bilik cantik dan selesa .Abang masuk paling awai jadi boleh pilih katil(yg tu yg best mai awai) dapat katil bawah kipas , tak la panas sangat nanti.Ada meja belajar dengan white board setiap seorang.








Rakan satu dorm - Irfan , asal dari Kepala Batas Pulau Pinang.








Alhamdulillah , selesai semua dan bermulalah sesi suai kenal yang bermula disurau selepas waktu solat Maghrib dan aktiviti seterusnya sampai jam 1130pm , selama 5 .hari.

Doa dari Ayah dan Ibu , selamat maju jaya baik didunia dan akhirat.
Insyaallah...Amin.