Wednesday, March 25, 2015
Haiwan Imiginasiku - SKBL Tahun 5
Haiwan Imiginasiku
Projek terbaru Neeya ..
Hmm nak buat haiwan imiginasiku ,..kali ni Neeya buat binatang yang rupa macam penguin tapi nak nampak garang dia buat kepala singa , untuk nak pertahan diri dari serangan musuh tambah ekor scorpion pulak,,lepas tu kalau masuk dalam air berenang boleh guna kaki itik ...hmm memang imiginasi yang agak menakutkan .ini yang dikata high thinking skill kot..
Bahan2 yg digunakan kali ni
1.Kad bod untuk buat kepala singa dengan kaki itik
nak bagi gerun rupa singa tu ..ha tudia Neeya buat mata dracula kot tambah taring.
2.Botol air coke pon boleh ...untuk buat bentuk badan si penguin tu.
3.sayap boleh guna kad bod tebal koyak kan tengah2 tu untuk dapatkan corrugated kadbod jadi la sayap nampak cantek sikit kan .
4.Aluminium foil - untuk buat ekoq scorpion tu .Pandai2 la bentuk macam mana nak dapatkan bentuk scorpion tu.
5.Hot glue gun - yang ni penting kalau tak memang susah nak lekat kalau pakai gam biasa .
6.Pisau gunting - hati2 bila guna tajam tu .
7. Kapas untuk bagi nampak gebu badan si penguin tu .
8.Marker pen ke water kaler ka pon boleh ...
9.Taaadaaa siap dah .
ok kalau sapa2 tak dak idea nak buat projek ni , boleh ikut macam Neeya buat ni...
Alhamdulillah siap akhirnya , aku tolong boh gam je ..idea semua dari Neeya .
pandai anak ayah pikir benda2 macam ni..
Dulu aku sekolah tak ada la dok buat benda2 macam ni , tu sebab kot aku ni tak kreatif macam budak2 sekarang.
Friday, March 13, 2015
My Diodrama Tahun 5 SKBL 2015
My Diodrama
Projek sekolah Adik Neeya , Kali ni kena buat diodrama bertajuk Dasar Lautan Kita .
Puas jugak la perah otak nak buat projek ni...Projek ni projek berkumpulan , jadi ada 5 orang semuanya pakat contribute la sorang sikit idea.
Aku pon ada bantu sikit bagi idea jugak untuk budak2 ni .Dan last sekali inilah hasil .
Cantik jugak ya....
Bahan2 yang digunakan
1.kotak
2.Plastercine
3.Double sided tape
4.Benang
5.Pencil Warna
6.Gambar2 aku print dari internet je..
7.Jangan lupa kertas tebal sebab nanti ikan2 , coral dan penyelam tak boleh duduk dalam keadaan yang elok.
Ini lah hasilnya ...tersenyum puas....
Projek sekolah Adik Neeya , Kali ni kena buat diodrama bertajuk Dasar Lautan Kita .
Puas jugak la perah otak nak buat projek ni...Projek ni projek berkumpulan , jadi ada 5 orang semuanya pakat contribute la sorang sikit idea.
Aku pon ada bantu sikit bagi idea jugak untuk budak2 ni .Dan last sekali inilah hasil .
Cantik jugak ya....
Bahan2 yang digunakan
1.kotak
2.Plastercine
3.Double sided tape
4.Benang
5.Pencil Warna
6.Gambar2 aku print dari internet je..
7.Jangan lupa kertas tebal sebab nanti ikan2 , coral dan penyelam tak boleh duduk dalam keadaan yang elok.
Ini lah hasilnya ...tersenyum puas....
Monday, February 16, 2015
Family Day 2015 / Lata Bukit Hijau.
7Feb 2015
TM Family day - RnR Bagam Ajam.
Tahun ni aku jadi ajk untuk event ni.Dah lama tak aktif dalam kelab TM ni.Tahun ni aku join family ajk lak.Part aku kena handle acara lari dalam Kain pelikat haha..tapi yang best nya aku pon masuk jugak acara ni dengan wife aku + anak dara yg sorang tu.Yang tak boleh belah tu aku champ lak acara tu...heehehe rezeki nama nya tu.
Tapi yang best nya dapat tengok anak aku seronok tambahan pula tahun ni abang Waez tak boleh join sebab tahun ni tahun pertama dia kat MRSM Baling.Tahun ni aku bawa kawan-kawan adik lak Esya gn Maizatul rezeki budak- budak ni lak dapat ikut .
Acara yang memeningkan kepala"Musang Berjanggut".
Berjam lama nak asingkan bahan2 yang dicampur .Last Adik give up sebab nak main acara lain .Dah cakap kat member yang handle acara ni tahun. Depan jangan buat dah sebab buang masa.
Menang acara lari bawa getah .
Happy tengok budak2 ni mandi sungai.
TM Family day - RnR Bagam Ajam.
Tahun ni aku jadi ajk untuk event ni.Dah lama tak aktif dalam kelab TM ni.Tahun ni aku join family ajk lak.Part aku kena handle acara lari dalam Kain pelikat haha..tapi yang best nya aku pon masuk jugak acara ni dengan wife aku + anak dara yg sorang tu.Yang tak boleh belah tu aku champ lak acara tu...heehehe rezeki nama nya tu.
Tapi yang best nya dapat tengok anak aku seronok tambahan pula tahun ni abang Waez tak boleh join sebab tahun ni tahun pertama dia kat MRSM Baling.Tahun ni aku bawa kawan-kawan adik lak Esya gn Maizatul rezeki budak- budak ni lak dapat ikut .
Acara yang memeningkan kepala"Musang Berjanggut".
Berjam lama nak asingkan bahan2 yang dicampur .Last Adik give up sebab nak main acara lain .Dah cakap kat member yang handle acara ni tahun. Depan jangan buat dah sebab buang masa.
Menang acara lari bawa getah .
Habis Family Day aku lajak pi Lata Bukit Hijau Di Baling.
Cuaca panas sangat bagi sejuk badan sikit.
Monday, February 9, 2015
ALHAMDULILLAH ABANG DAPAT BELAJAR DI MRSM BALING
اَلسَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُه
Alhamdulillah , Abang (Waez) dapat surat tawaran masuk ke tingkatan 1 di MRSM Baling yang menawarkan Program IGCSE , tempat dia hadir interview masa pada bulan Disember 2014 dulu.
Jam 23.30pm 22/12/2015 dapat msg , katanya dah berjaya tapi surat tawaran boleh tengok esok pagi jam 0900.Malam tu pula abang tengah bebai sebab kena buat homework sekolah SMBJ banyak , katanya nak bangun esok pagi jam 0400 nak sambung homework tu , tapi bila bagitau dia dapat tawaran ke MRSM , malam tu jugak dia pederaih semua homework sekolah SMBJ.
Tahniah abang , cita2 nak belajaq di MRSM Baling dah tercapai,
Terasa sayang juga nak tinggai sekolah SMBJ , sekolah ni pon sekolah berprestasi tinggi (SBT) rangking dalam Penang no 1, Keseluruhan sekolah menengah di Malaysia termasuk SBP , SMBJ rank no 38 untuk tahun 2013.
Bersemangat!! dah tak sabar nak ke MRSM, dah siap packing , list 2-3 helai kertas takut ada yang ter-missed hmmm...
Bagi sapa2 yang anak dapat rezeki dapat masuk SBP atau MRSM buatlah simpanan dari sekarang , sebab bagi yang kurang berkemampuan banyak juga belanja yang diperlukan .Dari segi pakaian , kelengkapan dan yuran ketika berada di sana .Dari segi yuran insayaallah ada bantuan kewangan tapi untuk masa terdekat kenalah keluaq duit poket dulu .Alhamdulillah nasib baik lah aku dan isteri dah beringat dari awal untuk anak2 , jadi tak la kalut sangat.
Seawal 645am dah bergerak ke MRSM Baling , nampak muka ada sunyum tu hehehe.Tak sabaq dah nak p , bfast pon tak mau dah.Waktu register 830-1200 , tapi nak pi awai sebab boleh register awai , dapat tip dari senior Waez (Anas) pi awai , kalau lambat ramai pelajar kena Q lak..
Dalam punya prepare nak sampai awal , terlewat jugak dekat pukul 830am baru sampai.
Mula register kat counter , alhamdulillah disini setiap pelajar baru akan ditemani seorang senior untuk bantu dalam proses pendaftaran .Untuk kami senior dari Ting 3 nama penuh tak ingat lak , dok pange Edry ja , Alhamdulillah Edry ringan mulut tanyalah apa dia akan terangkan , bukan dia ja aku rasa semua pelajar kat sini semua ramah2 , kalau nampak kita terpinga2 ja teruih mai tanya "Ya pakcik/mak cik boleh saya bantu"tak payah pange nak tanya . Mungkin ni lah cara pembelajaran kat MRSM , semua dah diterap dengan nilai2 positif.Tapi dalam banyak2 tu ada jugak kot yang nakai sikit especially yang senior2 orang lama la katakan ..
Di sini anak2 akan diajar hidup berdikari , kalau sebelum ni tak pernah cuci baju , dia orang akan belajar buat semua kerja2 ni.Tapi untuk pakaian seragam , baju melayu ada khidmat Dobi tak perlu risau .Sekurang2nya anak2 tau macam mana ibu tolong cuci pakaian dan sedia kan keperluan harian untuk dia orang selama ni.
Taklimat oleh Homeroom Puan Ruziani(macam mak angkat la )setiap 10 pelajar seorang homeroom.
start unpacked
Masuk Dorm - dapat dorm LB 2-B tingkat 2.1 dorm boleh muat 16 pelajar .Dan ada 4 partition .1 partition 4 orang , bilik cantik dan selesa .Abang masuk paling awai jadi boleh pilih katil(yg tu yg best mai awai) dapat katil bawah kipas , tak la panas sangat nanti.Ada meja belajar dengan white board setiap seorang.
Rakan satu dorm - Irfan , asal dari Kepala Batas Pulau Pinang.
Alhamdulillah , selesai semua dan bermulalah sesi suai kenal yang bermula disurau selepas waktu solat Maghrib dan aktiviti seterusnya sampai jam 1130pm , selama 5 .hari.
Doa dari Ayah dan Ibu , selamat maju jaya baik didunia dan akhirat.
Insyaallah...Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)